:
Pengenalan


PENGENALAN RINGKAS

Raudhoh Tahfidz Al-Quran (RTA) adalah sebuah Institusi Tahfiz Diniah swasta yang berdaftar dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibawah enakmen No(2) 1998. Pengajian di RTA berteraskan kepada pendidikan dan pengajian hafazan al-Quran sepenuh masa serta pengajian diniah dan akademik sebagai persediaan pelajar untuk menyambung pengajian. RTA menyediakan tempat untuk pelajar lelaki dan perempuan dan wajib tinggal diasrama.

FALSAFAH PENDIDIKAN RTA

Falsafah Pendidikan RTA berdasarkan sebuah Hadis Baginda Nabi Sallahu Alaihi Wa Sallam yang bermaksud:

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran serta mengajarkannya"

Oleh itu, program hafazan al-Quran adalah teras pembelajaran RTA dan sebagai penjana rohani dan jasmani kepada pendidikan sepanjang hayat yang berteraskan Syariah Islamiah dan ilmu pengetahuan.

MATLAMAT DAN VISI

-Melahirkan cendikiawan islam yang menghafaz al-quran

-Melahirkan generasi yang meninggikan al-quran dan sunnah serta membudayakannya

-Memperlengkapkan pelajar dengan ilmu duniawi dan ukhrawi

-Menyediakan peluang pembelajaran al-quran kepada semua peringkat muslimin dan muslimat