:
Sejarah Penubuhan


Sejarah Penubuhan & Sekilas Pandang Perjalanan RTA

Raudhoh Tahfidz Al-Quran ( RTA ) didirikan oleh beberapa orang pelajar Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Balai Dakwah Islam, Jeram Kuala Selangor. Asal diberikan nama Raudhoh Tahfidz Al-Quran adalah diambil dari nama sebuah kelas pengajian yang diwujudkan di Balai Dakwah Islam iaitu Raudhoh Tahfidz Al-Quran Al-Mutawasit. Pengasanya Al-Marhum Ustaz Abd Latif Bin Mat Ellah al-Muqri' (meninggal 2013) dan didukung oleh sahabat-sahabatnya Ustaz Mohd Zaki Bin Mohd Ali (Mudir sekarang), Ustaz Mohd Rizal Bin Mohd Ros dan beberapa orang guru lainnya. Semangat guru-guru ini membangunkan maahad tahfiz adalah untuk melihat lebih ramai masyarakat di Malaysia khususnya menguasai ilmu dalam bidang al-Quran dan pengajian Islam.

Ditubuhkan di Masjid Al-Ehsan Sg Serai, Hulu Langat Selangor pada tahun 1992 dengan mengambil sejumlah pelajar lelaki sahaja. Kemudiannya berpindah ke Lot 967, Lorong Serai 4 dan mula mengambil pelajar perempuan sejak tahun 1994  dan didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ). RTA juga pernah menduduki beberapa lokasi lain di Kg Batu 10 dan Kg Dusun Nanding disebabkan penambahan pelajar.

Pada 17 Julai 2016 sehinggalah sekarang, RTA bertapak di Kompleks Raudhoh Tahfidz Al-Quran beralamat  di Lot 1820, Jalan Kuari Sg Long, Bt 11 3/4,Kg Sg Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Sejak penubuhannya, RTA telah menghasilkan lebih daripada 200 orang yang telah berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran dan Syahadah Tahfiz Al-Quran.